Friday, September 11, 2009

Buat Kerja Kerana Allah

Buat Kerja Kerana Allah …..
Jangan diungkit walau sezarah
Hati tidak berasa gundah
Perasaan tidak mudah marah
Segala urusan menjadi mudah
Kerja tidak menjadi susah
Tenaga tidak menjadi payah
Fikiran tidak keluh kesah

Buat Kerja Kerana Allah …..
Terlari niat membawa padah
Hati hendaklah sentiasa di lembah
Letakkan diri dipaling bawah
Menyimpan ujub adalah barah
Halatuju menjadi terarah
Ketaatan tidak di tarah-tarah
Komitmen bersama mudah di kerah

Buat Kerja Kerana Allah …..
Bakti hendaklah sentiasa di curah
Segala pujian dianggap dadah
Keaiban diri harap di dedah
Mimpikan pangkat mengundang parah
Segala keputusan adalah musyawarah
Segala kesusahan di lihat riadah
Segala kelebihan adalah anugerah

Buat Kerja Kerana Allah …..
Rezeki subahat haram menjadi darah
Hak orang jangan di jarah
Kuasa makhluk tidak disembah
Musuh tidak mudah mengacah
Kawan jangan dijadikan amah
Maksiat jangan dibiar bernanah
Punca masalah hendaklah dirajah
Perbualan jangan ditambah perencah

Buat Kerja Kerana Allah …..
Jangan takut turun kelembah
Bisikan hendaklah selalu dilapah
Harapan kawan bersama dicecah
Kelebihan kawan jadikan madrasah
Hal yang kecil jangan direnyah
Prinsip jangan mudah goyah
Kelemahan kawan jangan digeledah

Buat Kerja Kerana Allah …..
Pasti tahu membezakan antah
Rahsia disimpan bukan dimuntah
Mendoakan kawan menjadi lumrah
Amalan kebaikan bercambah-cambah
Syaitan pasti gagal meludah
Pintu syak ditutup dengan mas merah
Kepada nafsu jangan mengalah

Buat Kerja Kerana Allah …..
Jangan sekali terasa culah
Jauhkan tamak utamakan barakah
Keazaman jangan dibiar lelah
Diri jangan dibiar berkelah
Perut jangan makanan berkolah
Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah
Ibadah biar tinggi menggalah
Kepuasan jangan dibiar sudah
Semangat biar sehebat Handzalah

Buatlah Kerja Kerana Allah …..
Kerja bukanlah main redah
Diri tidak menadah-nadah
Tiada bezanya yang punya ijazah
Alhamdulillah dibibir sentiasa basah
Zikir dihati sentiasa menerjah
Setiap waktu ditikar sejadah

Buat Kerja Kerana Allah …..
Dengan kawan sentiasa berhemah
Pada yang dengki jangan disumpah
Kelemahan kawan jangan dilihat sampah
Jangan juga dianggap masalah
Usahakan kebaikan sentiasa bertambah
Supaya yang gelap dapat di cerah

Buat Kerja Kerana Allah …..
Pendapat orang jangan disanggah
Pendapat sendiri jangan terasa gah
Kekurangan kawan jangan disesah
Perkataan baik sentiasa dimadah
Keharmonian persahabatan sentiasa di asah
Jangan membuat sahabat resah
Rezeki dikumpul untuk ke Mekah
Bukannya untuk bermegah-megah
Latihlah diri menjadi tabah
Maruah jangan dibiar murah

Buat Kerja Kerana Allah …..
Segala perlakuan menjadi ibadah
Segala penyelewengan terasa bersalah
Rasakan kerja semuanya indah
Hendaklah sentiasa bermujahadah
Hindarkan segala sifat mazmumah
Himpunkan segala sifat mahmudah
Persahabatan jangan dipecah-pecah
Tiada yang mustahil semuanya munasabah
Orang jangan di acah-acah
Ehwal kawan sentiasalah jengah
Segala bantuan jangan dilengah

Moga semuanya mendapat inayah
Agar terbuka pintu hidayah
Terlindung dari segala jenayah
Ingatlah selalu pesan Abah
Ingatlah pula pesan Rasulullah
Hanya pada Allah kita berserah ….

InsyaAllah . Amin ya Rabbal ' Alamin...

Wednesday, August 26, 2009

Bertaubatlah ke jalan benar

Memang Allah sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA.

Tuesday, August 18, 2009

Tanda Cinta Kepada Allah

Pendahuluan

Tanda Cinta Kepada Allah

Ramai orang berkata ia Cinta kepada Allah Subhanahu wa Taala. Katanya itu hendaklah diuji sama ada tulen atau hanya palsu.

Ujian pertama ialah Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
"Siapa yang ingin melihat Allah, Allah ingin melihat dia."
Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat, tetapi jika betul-betul ikhlas adia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.

Ujian kedua ialah ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah. Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya. Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;
"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."

Ujian yang ketiga ialah ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar, kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat. Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa yang dicintainya itu. Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua, kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.

Ujian keempat kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran, iaitu Kalam Allah, dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah. Jika cintanya benar-benar kuat, ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah. Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.

Ujian kelima ialah ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu. Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna. Allah berfirman kepada Nabi Daud,
"Janganlah terlampau karib dengan manusia, kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu: iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu; dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku. Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."

Pada hakikatnya, jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu, maka cintanya kepada yang lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu. Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari. Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali, dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu. Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,

"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu, Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"
Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar, tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.

Ujian keenam ialah ibadatnya menjadi senang sekali. Seorang Wali Allah ada berkata,
"Dalam tiga puluh tahun yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali, tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya." Apabila cinta kepada Allah itu sempuna, maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat.

Ujian ketujuh ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah. Al-Quran mnyatakan "mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri." Suatu masa, Nabi bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan, siapakah kekasihmu?" Terdengarlah jawapan,
"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengmbil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."

Wallahu'a'lam.

Saturday, August 15, 2009

Kehidupan

Segala yang baik dari ALLAH dan yang buruk dari saya sendiri.

Nasihat Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran