Salam perpaduan untuk semua pembaca
Assalamualaikum
Sebenarnya baru kali ini terdetik dihati saya untuk menulis blog setelah sekian lama atau bertahun jugalah saya sekadar mendapat info untuk dimuatkan dalam blog saya. Bukanlah saya sengaja untuk meletakkan info sahaja yang dikebanyakan dikutip melalui sumber pemberian teman-teman dari emel saya dan lain-lain juga.Saya ingin menulis serba sedikit tentang kewangan yang saya rasa merupakan perkara penting dalam kehidupan kita.Blog saya dihasilkan lebih melibatkan kehidupan ataupun gaya kehidupan seseorang yang sentiasa memerlukan panduan.
Sebenarnya dalam kehidupan ini kewangan merupakan titik penting dalam menjadikan kehidupan tenang dan aman.Kita tidak perlulah terlampau ghairah dalam mengejar kewangan yang kukuh atau mengaut keuntungan dengan cara yang salah.Namun apa yang penting kewangan itu kukuh serta menepati syariat agama bagi beragama Islam. Itulah menjadi tuntutan agama dan saya percaya masyarakat bukan Islam memahami penduduk Islam mempunyai prinsip mereka dalam beragama.Saya percaya semua manusia mahu kehidupan yang aman dan damai.Oleh itu saya merasakan kalau kita terlampau ghairah mendapatkan kewangan sehingga mengabaikan kesejahteraan hidup kita adalah merugikan diri kita. Kehidupan ini perlu diwarnai dengan kasih sayang dan toleransi terutama dalam keluarga dan masyarakat umumnya.
Melihat dari aspek kewangan kenapa saya bercakap mengenai perkara ini adalah supaya kita sedar bahawa pengurusan kewangan yang baik membolehkan kita hidup dengan aman.Jangan sesekali terjebak dengan hutang yang kita tidak mampu bayar atau boros dalam berbelanja.Jika kita perlukan kewangan yang besar biarlah kewangan itu memberikan pulangan yang setimpal serta berkaitan kemahiran apa yang hendak diusahakan.Sebagai contoh kita hendak memulakan perniagaan,rancangan kewangan sangat penting.Timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk menceburi bidang tersebut.
Sebenarnya dalam penulisan kali ini saya ingin mewar-warkan kewangan Islam yang menepati syariat Islam.Kita kini sebagai penduduk Islam mempunyai pilihan untuk memilih kewangan Islam.Saya ingin menyeru semua penduduk Islam menggunakan produk Islam.Sekarang bank-bank sudah memperkenalkan kewangan Islam malah boleh dikatakan kebanyakan bank memperkenalkan produk Islam atau pembiayaian Islam.Penduduk bukan Islam juga boleh mengetahui 'instrument' kewangan Islam.Saya merasakan ini satu perubahan yang baik kepada kita sebagai penduduk Malaysia secara khususnya tetapi penduduk dunia amnya.Perkembangan kewangan Islam kini banyak membuka mata pihak atas kemampuan produknya.
Kita perlu tahu bahawa dalam kehidupan ini bukan semua manusia mendapat apa yang diinginkan.Namun adalah penting kita rasa bersyukur atau bertuah dalam menjalani kehidupan ini.Kesusahan itu merupakan pengikat kasih sayang dan menjadikan kita sedar tentang kehidupan.Oleh itu terimalah segala apa yang kita perolehi dan manfaatkan kebahagiaan hidup kita.Semua perkara terjadi pasti ada hikmah yang menjadikan kehidupan kita lebih bermakna.Bukan mudah sekadar coretan ditulis tapi bagaimana menghadapinya,itulah banyak diperkatakan.Mudahlah cakap tetapi menanggungnya bagaimana.Itulah kata-kata yang biasa kita dengar.Sebenarnya itulah rencah kehidupan yang perlu dihadapi.Kita melihat orang lain senang tetapi kita masih susah.Sebenarnya disinilah silapnya kerana kebahagiaan itu lebih penting.Kebahagiaan itu lebih berharga dari segala-gala kerana kehidupan kita tenang dan damai.Rancanglah kewangan yang berhikmah mengikut kemampuan itulah tunggak kebahagiaan.
kita seharusnya sedar dan melihat sekeliling kita sebenarnya masih ramai lagi yang kesusahan.Tetapi percayalah bahawa apa kita lalui merupakan saat-saat yang bermakna.Inilah rencah warna-warni kehidupan kita.Teruskan kehidupan dengan kewangan berhikmah yang mengerakkan kehidupan kita yang teratur.
byk betul rencah perencahnye kat dalam ni. nak masak ape yek?
ReplyDelete