Wednesday, November 3, 2010

Masih adakah cinta kepada Allah


Masih adakah cinta kepada Allah,sering kali kita lupa kepada pencipta yang mencipta kita,nescaya jika kita cinta kepada Allah kita tidak mengkhianati cinta kita dengan melakukan perkara menyalahinya.Kita akan menjaga hubungan itu sebaik mungkin supaya tidak terjerumus ke kancah kemaksiatan,seringkali melupakan cinta kita kepada Allah sehingga jatuh cinta kepada lain dunia,kemewahan,perempuan,lelaki mahupun yang melalaikan cinta kepada Allah.

Jika cinta Allah mengapa kita harus mencari lain,cukuplah cinta kita kepada Allah kerana dengan ini kita akan sentiasa dalam limbungan kerahmatan yang sejahtera atas kesetiaan kita.Hal ini kerana cinta kepada Allah yang akan kekal buat selama-lamanya sehingga hari akhirat kelak.Tapi bagaimana hendak mengambil kemewahan , bagaimana diri kita hendak berkahwin mengikut sunnah,lakukanlah tetapi letakkan kecintaan Allah lebih utama supaya tegar dari melakukan kemaksiatan atau terjerumus ke lembah kehinaan.

Jangan biarkan perkara yang dilakukan melalaikan cinta kamu kepada Allah. Dengan mengingati Allah selalu menyebabkan kamu menjadi setia kepada cinta kamu iaitu cinta Allah. Kecintaan bukanlah satu permainan tetapi memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah yang menpunyai keikhlasan,keikhlasan merupakan ketulusan kita terhadap Allah.Ramai yang telah lalai kepada dunia,lalai kerana melupakan cinta kepada Allah.

Kecintaan juga dibuktikan dengan kebaktian melakukan amal kebaikan,melakukan suruhan-Nya tanpa runggut serta mensyukur sebagaimana menjadi hamba cinta yang melakukan apa sahaja untuk cintanya.Tambahan Allah bukan sekadar omongan cinta,kita adalah hamba-Nya yang patut mentaati perintah-Nya.Cinta kepada Allah adalah kesetiaan kita terhadap-Nya yang tidak berbelah sebagai hamba.

Lupakah nikmat kita perolehi yang dianugerahkan kepada kita dari sejak kita dilahirkan,dari sekecil bayi yang tidak tahu apa-apa serta diberi anugerah yang hebat oleh pencipta kita yakni Allah.

Wednesday, October 27, 2010

Kewangan

Salam perpaduan untuk semua pembaca
Assalamualaikum

Sebenarnya baru kali ini terdetik dihati saya untuk menulis blog setelah sekian lama atau bertahun jugalah saya sekadar mendapat info untuk dimuatkan dalam blog saya. Bukanlah saya sengaja untuk meletakkan info sahaja yang dikebanyakan dikutip melalui sumber pemberian teman-teman dari emel saya dan lain-lain juga.Saya ingin menulis serba sedikit tentang kewangan yang saya rasa merupakan perkara penting dalam kehidupan kita.Blog saya dihasilkan lebih melibatkan kehidupan ataupun gaya kehidupan seseorang yang sentiasa memerlukan panduan.

Sebenarnya dalam kehidupan ini kewangan merupakan titik penting dalam menjadikan kehidupan tenang dan aman.Kita tidak perlulah terlampau ghairah dalam mengejar kewangan yang kukuh atau mengaut keuntungan dengan cara yang salah.Namun apa yang penting kewangan itu kukuh serta menepati syariat agama bagi beragama Islam. Itulah menjadi tuntutan agama dan saya percaya masyarakat bukan Islam memahami penduduk Islam mempunyai prinsip mereka dalam beragama.Saya percaya semua manusia mahu kehidupan yang aman dan damai.Oleh itu saya merasakan kalau kita terlampau ghairah mendapatkan kewangan sehingga mengabaikan kesejahteraan hidup kita adalah merugikan diri kita. Kehidupan ini perlu diwarnai dengan kasih sayang dan toleransi terutama dalam keluarga dan masyarakat umumnya.

Melihat dari aspek kewangan kenapa saya bercakap mengenai perkara ini adalah supaya kita sedar bahawa pengurusan kewangan yang baik membolehkan kita hidup dengan aman.Jangan sesekali terjebak dengan hutang yang kita tidak mampu bayar atau boros dalam berbelanja.Jika kita perlukan kewangan yang besar biarlah kewangan itu memberikan pulangan yang setimpal serta berkaitan kemahiran apa yang hendak diusahakan.Sebagai contoh kita hendak memulakan perniagaan,rancangan kewangan sangat penting.Timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk menceburi bidang tersebut.

Sebenarnya dalam penulisan kali ini saya ingin mewar-warkan kewangan Islam yang menepati syariat Islam.Kita kini sebagai penduduk Islam mempunyai pilihan untuk memilih kewangan Islam.Saya ingin menyeru semua penduduk Islam menggunakan produk Islam.Sekarang bank-bank sudah memperkenalkan kewangan Islam malah boleh dikatakan kebanyakan bank memperkenalkan produk Islam atau pembiayaian Islam.Penduduk bukan Islam juga boleh mengetahui 'instrument' kewangan Islam.Saya merasakan ini satu perubahan yang baik kepada kita sebagai penduduk Malaysia secara khususnya tetapi penduduk dunia amnya.Perkembangan kewangan Islam kini banyak membuka mata pihak atas kemampuan produknya.

Kita perlu tahu bahawa dalam kehidupan ini bukan semua manusia mendapat apa yang diinginkan.Namun adalah penting kita rasa bersyukur atau bertuah dalam menjalani kehidupan ini.Kesusahan itu merupakan pengikat kasih sayang dan menjadikan kita sedar tentang kehidupan.Oleh itu terimalah segala apa yang kita perolehi dan manfaatkan kebahagiaan hidup kita.Semua perkara terjadi pasti ada hikmah yang menjadikan kehidupan kita lebih bermakna.Bukan mudah sekadar coretan ditulis tapi bagaimana menghadapinya,itulah banyak diperkatakan.Mudahlah cakap tetapi menanggungnya bagaimana.Itulah kata-kata yang biasa kita dengar.Sebenarnya itulah rencah kehidupan yang perlu dihadapi.Kita melihat orang lain senang tetapi kita masih susah.Sebenarnya disinilah silapnya kerana kebahagiaan itu lebih penting.Kebahagiaan itu lebih berharga dari segala-gala kerana kehidupan kita tenang dan damai.Rancanglah kewangan yang berhikmah mengikut kemampuan itulah tunggak kebahagiaan.

kita seharusnya sedar dan melihat sekeliling kita sebenarnya masih ramai lagi yang kesusahan.Tetapi percayalah bahawa apa kita lalui merupakan saat-saat yang bermakna.Inilah rencah warna-warni kehidupan kita.Teruskan kehidupan dengan kewangan berhikmah yang mengerakkan kehidupan kita yang teratur.




Tuesday, October 5, 2010

Nasihat bermanfaat

40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.


5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

esok takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam....
"

Kedamaian